Kini kita sumer ada alasan baru

Sejak dulu lagi trend buang bayi amat popular di kalangan kita.

Yang sedikit kejam, ditinggalnya di tepi tong sampah taman permainan kanak-kanak atau di dalam longkang. Yang kurang kejam pula akan tinggalkan di tempat paling popular, tangga surau.

Lepas satu kisah, kisah yang lain kita dengar. Ruji. Macam nasi. Masih tak makan saman orang kita. Macam makan nasi. Harga naik tapi orang tetap makan. Peduli apa.

Buat pandai. Kondom tak reti pakai.

Bila dah jadi, selalunya pihak perempuan yang akan disalahkan. Gedik sangat. Seksi sangat. Berani sangat. Bodoh sangat.

Pertanyaan klise bila pihak perempuan dikesan ada tanda-tanda perutnya berisi, "Anak siapa?"

Si perempuan terketar-ketar menyebut nama yang bertanggungjawab. Kemudian si bapa terus meluru ke rumah pihak lelaki dengan parang di tangan.

Itu drama Melayu yang selalu kita tengok di kotak bodoh.

Sekarang pihak perempuan ada alternatif lain. Senang. Sebut sahaja alasan ini nescaya ibu bapa berpuas hati. Tak perlu soal siasat panjang-panjang. Kekasih hati juga tak perlu risau disalahkan walau sepatutnya dia yang punya tanggungjawab.

Cara-caranya:

Mula-mula ceritakan bagaimana satu malam beberapa bulan lalu kamu mengalami mimpi aneh. Seorang lelaki berpakaian pahlawan lengkap serba kuning dengan muka bercahaya mendekati kamu di ranjang. Kemudian kamu ditidurinya.

Esok, apabila bangun dari tidur kamu cerita bagaimana sendi-sendi kamu sakit-sakit terutama di bahagian anu.

Habis cerita.

Tak melibatkan bapa kamu diserang penyakit jantung atau parang terbang.

Cuma mungkin kemudiannya gambar kamu dengan mata dibarhitamkan terpampang di muka surat hadapan Harian Metro atau Mastika dengan tajuk besar, "Gempar! Mengandung anak bunian!"

ihsan dari http://meludahlangit.blogspot.com/

0 comments: