cara-cara memandu sebagai seorang aku :
1) bila memandu di lorong tengah dan mahu memotong, pastikan ambil jalan kiri skali dan kemudian speed sesuka hati kerana menyedari anda hanya memandu sehelai kancil berenjin 660.
2) mengetahui kancil anda telah mencapai top speed apabila kereta telah bergegar seperti earthquake 7 skala Ritcher.
3) apabila melalui kawasan orang sedang potong rumput, pantas naik kan tingkap kereta anda sebelum batu terpelanting masuk kedalam mata anda dan anda menjadi buta bak cerita final destination.
4) jikalau mahukan rambut out-from-the-bed style yang paling au naturale, pastikan anda memandu tanpa menutup tingkap. tetapi make sure tutup tingkap sepantas mungkin apabila lalu sebelah lori sampah kerana ini akan menyebabkan orang tertanya-tanya jika anda tidak mandi langsung selama setahun (bau semerbak yang melekat di baju).
5) memandu dengan sebelah tangan sahaja. sebelah tangan lagi digunakan untuk memegang rambut yang berterbangan di muka (tapi buat-buat muka tenang konon anda seorang driver yang cool)
6) belajar membuat muka ketat apabila terdapat pemandu-pemandu sialan yang meng underestimate anda kerana hanya membawa sehelai kancil.
7) apabila sesat, jangan panik. ikut signboard yang menunjukkan jalan paling familiar. kemudian berhentikan kereta dan membuat panggilan kecemasan kepada rakan-rakan anda dan meminta bantuan mereka untuk menglocate anda. in future, make sure kereta anda mempunyai gps system.
8) pastikan anda fokus semasa memandu. tapi sebagai peneraju utama blog dreams are just dreams, hanya aku dibenarkan daydreaming atau berangan bukan-bukan semasa memandu. di ketika ini lah ilham datang untuk menulis blog.
9) sekiranya kereta anda secara tiba-tiba menghampakan anda dan rosak di tengah jalan pada waktu malam dan anda tidak mempunyai triangle kaler oren didalam bonet kereta, terdapat satu lagi usul yang bernas. ambil helmet cidb anda yang berkaler putih dan letak atas bumbung kereta. tapi kemungkinan besar orang tidak akan membantu kerana terfikir perkara mistik apabila melihat helmet putih diatas kereta dijalan yang sunyi...
10) apabila melalui jalan corner tajam, pijak lagi pedal minyak anda ala ala seperti mahu membuat drift sambil menjerit 'woooo wooooo!'
Cilok dari : http://notyetfamousme.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment