I wonder...

bagaimana dua orang yang pernah meluangkan hampir setiap masa bersama bertukar cerita bersendaloka bertangis tawa bertahun-tahun lamanya dalam sekelip mata boleh berubah hubungan menjadi orang asing bagaikan tidak pernah berkenalan hingga sanggup membelakangkan diri masing-masing? apakah hubungan bertahun-tahun sebelum itu hanya berlandaskan benefit,dan hanya palsu semata-mata? tiada makna hingga boleh dibuang bak sampah, ditolak sampai berkecai, dibiar lenyap menjadi halimunan?

mengapa jika dulu dibangkitkan kata2 cinta kepada ku,
tp sekarang hanya dlm sekelip mata aja bagai mahu menbuang semua mudah begitu saja,


apa harga cinta itu,
apa makna cinta itu,

aku pelik lg,aku heran lg,
asal ada saja yg x sempurna,
mau dilepaskan begitu saja,
ada ke manusia 100% sempurna di dunia ini?



mengapa begitu cpt kau berpaling?
mengapa begitu cepat kau berputus asa?
mengapa begitu cepat kau menyerah kalah?
mengapa begitu cepat kau berubah?


think. think. think.

satu hari yang tanpa bicara terakhir menjadi penutup satu hubungan dalam kalut dan amarah.

satu hari bila kau pulang menyebar khabar gembira tapi hampa bila yang menjawab hanya unggas dan serangga.

satu harijadi bila kau menanti tiba tetingkap atau terbangan ucapan selamat tapi hanya kosong tanpa isi.

satu hari yang dia bersorak mahupun teriak, dan kau hanya mahu melonjak atau meratap bersama-sama tapi hanya mampu mencuri pandang dari jauh.

satu hari bila dia di depanmu, tapi kau tunduk dan lari melangkah laju bukan kerna mengejar sesuatu tapi mengelak dari bersatu.

satu hari bila kau rindu dan kamu bertemu tapi kau tiba-tba jadi bisu dan malu.

satu hari di depan bila kau merenung satu hari di belakang dan hanya mampu bermimpi dia di sisi kala itu...

it will be too late by then.


tidak kah kau sedar,
tidak kah kau terfikir,
apakah punca sumer ini?


tinggal kau bersama diri kau dan teman-teman khayalan untuk mencairkan hati yang beku.
tinggal kau dan dia dan kenangan tanpa apa yang kau rasa mesra dahulu.


it's just too late by then.


memang yang tinggal cuma kenangan kau dan dia,
tanpa rasa mesra yang menyatu kamu dahulu.

0 comments: